Tuesday 1 November 2011

PAHLAWAN GUGUR

Dewasa ini teknologi dah canggih sangat-sangat. Saya bukanlah apa-apa. Tapi kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah menjadi mangsa. Ada benda memang saya emo dan ada benda saya tidak emo. Emel sana emel sini. Jual entah apa-apa. Sekali lagi dapat emel cenggini memang saya buat muka ketat hack emel dia tu cilok gambar dia. Jangan sampai muka dia saya lekat belakang semua pintu tandas seluruh negara.


 *Gua baru dapat emel diskaun pil menggugurkan anak nih.Entah apa nak reply*

Friday 10 June 2011

SIRI 3 PENYIASAT-EPISOD 2 - SURAT SAMEON

Ke hadapan sahabatku Fatin,

Pertama-tama kalinya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas surat yang telah kau kirim kat aku (mata jeling atas, tangan kat dada). Dah 3 bulan aku kat sekolah baru. Kau mesti nak tahu keadaan aku kat sekolah baru kan? Kau nak tahu tak? Aku tanya nih. Aku kira sampai tiga. 1...2...3...ok. Aku sihat. Asrama sekolah baru aku ada mesin air gas kau tahu? OK.Aku rasa baik aku seterettudepoin sebab aku pun dah mula melalut ni. Aku ada  3 tujuan sebab aku hantar surat kat kau. Kau kena fahamkan betul-betul. Kau kena baca kuat-kuat surat ni sebab surat ni akan meletup dengan sendiri selepas 3 saat kau habis baca surat. Lets begin...

Pertama-tamanya,
Aku nak mintak tolong kau jangan datang cari aku lagi selepas ni dekat rumah aku bila aku balik dari asrama sebab aku dah pindah ke Taman Sebelah Masjid(sekali lafas). Kau faham tak? Kau faham tak? Kau faham tak? 3 kali aku  ulang ni.

Kedua-duanya,
Datang jemput aku minggu depan kat stesen kereta api minggu depan hari Sabtu jam 9.23 pagi. Then hantar aku pergi rumah baru aku. Aku pakai baju tulis 'IM STILL VIRGIN(10 years ago)' dengan seluar jeans lusuh. Sebelah kiri lutut koyak sikit. Kau faham arahan aku kan? Jangan cakap kawan2 kita aku nak balik sebab aku nak seperais diorang. ok? TQ.

P/S aku dah tweet kawan2 kita aku balik minggu depan. harap kau orang tak ralat sangat pakat-pakat masak sotong goreng tepung untuk aku.

Yang Benar,
SAMEON

Sunday 5 June 2011

SIRI 3 PENYIASAT-EPISOD 1 - PERKHABARAN SAMEON

Cuaca harini cerah. Udara segar sedap dihirup. Jarang-jarang sekali hujan terjadi. Dah 2 3 bulan kemarau. Bibir yang kering ini segar selepas pekena teh O ais buatan ibu. Orang kelantan ckp 'teh o beng'.Baru 3 kali hirup dah ada yang mengganggu aku.

Kelinggggg!Klinnnggg! Kelingggggg!

'Jenis tak reti sabar. Mujur harini Jumaat. Aku tak boleh mencarut', detik hatiku. Aku berjalan tenang menuju ke pintu. Kelihatan seorang lelaki membuka begnya. 'Hai Fatin, sihat? Amboi badan dah kembang sekarang. Nah! Surat untuk awak', gembira dan bersemangat bunyinya. 'Terima kasih la Bang Ali puji saya', aku menyindir sambil membelek surat yang aku terima. Dibelakangnya tertulis nama Sameon. Aku tersenyum sendirian. Gembira pun ada, haus kembali teh o ais td pun ada. Susah nak cakap perasaan aku sebaik melihat nama Sameon. 'OKla Bang Ali banyak surat lagi nak kena hantar, nanti Bang Ali free Bang Ali datang lagi', bilang sepupu sebelah emak aku itu. 'Kirim salam kat emak yer', katanya bernada serius, tergopoh-gapah memusingkan basikalnya.

Aku memusingkan kepala aku sambil berjalan kembali ke arah cawan teh o aku, masih lagi tersenyum. .Baru seround dua Bang Ali berkayuh, aku tak sampai hati.

'Bang Ali! kalau ye pun tutuplah zip seluar tu dulu'. Aku tersenyum. Bang Ali kemaluan. Merah padam Bang Ali.

...bersambung

Saturday 4 June 2011

Hai

Cak!

Sebenarnya saya dah lama dah nak buat blog. Bye bye