Sunday 5 June 2011

SIRI 3 PENYIASAT-EPISOD 1 - PERKHABARAN SAMEON

Cuaca harini cerah. Udara segar sedap dihirup. Jarang-jarang sekali hujan terjadi. Dah 2 3 bulan kemarau. Bibir yang kering ini segar selepas pekena teh O ais buatan ibu. Orang kelantan ckp 'teh o beng'.Baru 3 kali hirup dah ada yang mengganggu aku.

Kelinggggg!Klinnnggg! Kelingggggg!

'Jenis tak reti sabar. Mujur harini Jumaat. Aku tak boleh mencarut', detik hatiku. Aku berjalan tenang menuju ke pintu. Kelihatan seorang lelaki membuka begnya. 'Hai Fatin, sihat? Amboi badan dah kembang sekarang. Nah! Surat untuk awak', gembira dan bersemangat bunyinya. 'Terima kasih la Bang Ali puji saya', aku menyindir sambil membelek surat yang aku terima. Dibelakangnya tertulis nama Sameon. Aku tersenyum sendirian. Gembira pun ada, haus kembali teh o ais td pun ada. Susah nak cakap perasaan aku sebaik melihat nama Sameon. 'OKla Bang Ali banyak surat lagi nak kena hantar, nanti Bang Ali free Bang Ali datang lagi', bilang sepupu sebelah emak aku itu. 'Kirim salam kat emak yer', katanya bernada serius, tergopoh-gapah memusingkan basikalnya.

Aku memusingkan kepala aku sambil berjalan kembali ke arah cawan teh o aku, masih lagi tersenyum. .Baru seround dua Bang Ali berkayuh, aku tak sampai hati.

'Bang Ali! kalau ye pun tutuplah zip seluar tu dulu'. Aku tersenyum. Bang Ali kemaluan. Merah padam Bang Ali.

...bersambung

No comments:

Post a Comment