Friday 10 June 2011

SIRI 3 PENYIASAT-EPISOD 2 - SURAT SAMEON

Ke hadapan sahabatku Fatin,

Pertama-tama kalinya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas surat yang telah kau kirim kat aku (mata jeling atas, tangan kat dada). Dah 3 bulan aku kat sekolah baru. Kau mesti nak tahu keadaan aku kat sekolah baru kan? Kau nak tahu tak? Aku tanya nih. Aku kira sampai tiga. 1...2...3...ok. Aku sihat. Asrama sekolah baru aku ada mesin air gas kau tahu? OK.Aku rasa baik aku seterettudepoin sebab aku pun dah mula melalut ni. Aku ada  3 tujuan sebab aku hantar surat kat kau. Kau kena fahamkan betul-betul. Kau kena baca kuat-kuat surat ni sebab surat ni akan meletup dengan sendiri selepas 3 saat kau habis baca surat. Lets begin...

Pertama-tamanya,
Aku nak mintak tolong kau jangan datang cari aku lagi selepas ni dekat rumah aku bila aku balik dari asrama sebab aku dah pindah ke Taman Sebelah Masjid(sekali lafas). Kau faham tak? Kau faham tak? Kau faham tak? 3 kali aku  ulang ni.

Kedua-duanya,
Datang jemput aku minggu depan kat stesen kereta api minggu depan hari Sabtu jam 9.23 pagi. Then hantar aku pergi rumah baru aku. Aku pakai baju tulis 'IM STILL VIRGIN(10 years ago)' dengan seluar jeans lusuh. Sebelah kiri lutut koyak sikit. Kau faham arahan aku kan? Jangan cakap kawan2 kita aku nak balik sebab aku nak seperais diorang. ok? TQ.

P/S aku dah tweet kawan2 kita aku balik minggu depan. harap kau orang tak ralat sangat pakat-pakat masak sotong goreng tepung untuk aku.

Yang Benar,
SAMEON

3 comments:

  1. sameon
    aku dah x suke sotong goreng tepung
    aku suker paru goreng garing
    hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Nice blog
    follow me back at outsyedtheboxes.blogspot.com
    TQ

    ReplyDelete
  3. abg meon..abg meon kan dah pindah ma depan pasu bunge depan uma aten....

    ReplyDelete